Ahad, 23 Januari 2011

HILANGKAN CALAR KERETA

hilangkan calar, cat tidak kilat atau kusam dengan KOSMETIK KERETA

JENIS-JENIS KEROSAKAN CAT

1.                  Cat tidak kilat
2.                  Laker meleleh
3.                  Calar dalam dan calar halus
4.                  Kulat
5.                  Tar
6.                  Chemical Stain
7.                  Warna atau getah  terlekat pada cat
8.                  Habuk lekat pada cat atau serangga terlekat
9.                  Tanda polish
10.              Overspray cat atau laker

CAT TIDAK KILAT
      Pada kebiasaannya cat yang tidak berkilat dan bersinar disebabkan oleh beberapa faktor 
a.      Laker yang disembur tidak cukup atau tidak rata

b.      Kualiti laker yang kurang baik

c.       Laker melepasi masa waranti

d.      Penyemburan laker yang terlalu cair

e.      Kesan calar yang keterlaluan kerana tidak dipolish dengan betul
PENYELESAIAN CAT TIDAK KILAT

1.      Gosok permukaan yang tidak kilat dengan kertas pasir halus water proof 2000cc guna air dan rubber block sehingga rata.

2.      Lap permukaan dengan kain bersih.

3.      Sapu permukaan dengan  KOSMETIK KERETA   ‘ Premium Medium Polish’  dan semburkan dengan air agar permukaan tersebut lembab.

4.      Gilap permukaan  guna mesin polish berkelajuan sederhana , Pastikan tapak penggilap dialas dengan  penutup jenis kain. Penggunaan span untuk proses ini tidak digalakkan kerana kuasa  gilapnya yang rendah untuk  menghilangkan  kesan calar kertas pasir 2000cc.

5.      Ulangi langkah 3 dan  4 sekali tanpa guna ‘Premium Medium Polish’  hanya semburan air sahaja. Gilap permukaan  sehingga rata dan berkilat.

6.      Lap permukaan dengan kain lembut dan bersih. Sapukan   ‘Premium Soft Polish ’  dan gilap permukaan menggunakan mesin polish beralaskan tapak span. Ulangi langkah ini sehingga permukaan kilat dan bersinar.

7.      Sapukan   ‘wax    sehingga rata dan biarkan 2 minit. Gilap secara membulat guna kain polish yang lembut dan bersih. Selepas proses ini dijalankan permukaan akan kelihatan bersinar dan berminyak.

8.      Sekiranya proses  1-6 telah dilakukan tetapi permukaan masih bermasalah dan tidak kilat, disyorkan  ia disembur semula dengan cat.

LAKER MELELEH
      Laker  meleleh berlaku apabila semburan yang terlalu lama difokuskan pada permukaan semasa proses semburan laker dilakukan. Apabila masalah ini melanda, dinasihatkan supaya menyembur laker  hingga siap dan membiarkannya kering. Kawasan yang meleleh perlu dibaiki apabila permukaan yang dilaker telah kering sepenuhnya.

PENYELESAIAN LAKER MELELEH
1.      Gosok permukaan dengan kertas pasir 2000cc guna air dan blok fiber agar laker rata. Ulangi proses ini sehingga tiada tanda meleleh kelihatan pada laker. Bilas gosok dengan tangan secara membulat pada kawasan yang meleleh.

2.       Lap permukaan dengan kain bersih.

3.      Sapu permukaan dengan  KOSMETIK KERETA ‘Premium Medium Polish’ dan semburkan dengan air agar permukaan tersebut lembab.

4.      Gilap permukaan  guna mesin polish berkelajuan sederhana , Pastikan tapak penggilap dialas dengan  penutup jenis kain. Penggunaan span untuk proses ini tidak digalakkan kerana kuasa  gilapnya yang rendah untuk  menghilangkan  kesan calar kertas pasir 2000cc.

5.      Ulangi langkah 3 dan  4 sekali tanpa guna ‘‘Premium Medium Polish’ hanya semburan air sahaja. Gilap permukaan  sehingga rata dan berkilat.

6.      Lap permukaan dengan kain lembut dan bersih. Sapukan  KOSMETIK KERETA ’Premium Soft Polish’  dan gilap permukaan menggunakan mesin polish beralaskan tapak span. Ulangi langkah ini sehingga permukaan kilat dan bersinar.

7.      Sapukan   ‘wax’  sehingga rata dan biarkan 2 minit. Gilap secara membulat guna kain polish yang lembut dan bersih. Selepas proses ini dijalankan permukaan akan kelihatan bersinar dan berminyak.

8.      Sekiranya proses  1-6 telah dilakukan tetapi permukaan masih bermasalah dan tidak kilat, disyorkan  ia disembur semula dengan cat.

CALAR HALUS
      Calar dalam merujuk kepada calar pada cat yang sangat dalam hingga menjejaskan warna dan terdapat parit halus yang boleh menyimpan kotoran dan lembapan. Calar dalam perlu disimen dan dicat semula manakala calar halus boleh diatasi dengan menggosoknya dengan kertas pasir 2000cc dan dipolish.

PENYELESAIAN CALAR
1.      Permukaan calar mesti dibersihkan dengan berus seperti di atas dan disembur      
      dengan angin.

2.      Gosok kawasan yang bercalar dengan kertas pasir 2000cc dengan air dan rubber blok sehingga  semua calar tidak kelihatan.

3.      Lap permukaan dengan kain bersih.

4.      Sapu permukaan dengan  KOSMETIK KERETA  ‘Premium Medium Polish’  dan semburkan dengan air agar permukaan tersebut lembab.

5.      Gilap permukaan  guna mesin polish berkelajuan sederhana , Pastikan tapak penggilap dialas dengan  penutup jenis kain. Penggunaan span untuk proses ini tidak digalakkan kerana kuasa  gilapnya yang rendah untuk  menghilangkan  kesan calar kertas pasir 2000cc.
6.      Ulangi langkah 3 dan  4 sekali tanpa guna ‘Premium Medium Polish’’ hanya semburan air sahaja. Gilap permukaan  sehingga rata dan berkilat.

7.      Lap permukaan dengan kain lembut dan bersih. Sapukan  ‘ Premium Soft Polish’dan gilap permukaan menggunakan mesin polish beralaskan tapak span. Ulangi langkah ini sehingga permukaan kilat dan bersinar.

8.      Sapukan   ‘WAX’  sehingga rata dan biarkan 2 minit. Gilap secara membulat guna kain polish yang lembut dan bersih. Selepas proses ini dijalankan permukaan akan kelihatan bersinar dan berminyak.

CAT BERKULAT
      Cat berkulat sebenarnya berpunca dari lembapan yang keterlaluan pada permukaan cat seperti kereta yang terlalu lama berada dikawasan teduh tetapi lembab contohnya di bawah pokok atau di garaj berlantai tanah. Sekiranya cat berkulat, ia tidak perlu dicat semula sebaliknya cukup sekadar polish sahaja.
PENYELESAIAN CAT BERKULAT

1.      Lap bahagian cat yang berkulat dengan kain lembab dan pastikan tiada pasir pada permukaan.

2.      Sapu permukaan dengan  KOSMETIK KERETA ’Premium Medium Polish’  dan semburkan dengan air agar permukaan tersebut lembab.

3.      Gilap permukaan  guna mesin polish berkelajuan sederhana , Pastikan tapak penggilap dialas dengan  penutup jenis kain. Penggunaan span untuk proses ini tidak digalakkan kerana kuasa  gilapnya yang rendah untuk  menghilangkan  kesan kulat pada permukaan cat.

4.      Ulangi langkah 3 dan  4 sekali tanpa guna ‘Premium Medium Polish’ hanya semburan air sahaja. Gilap permukaan  sehingga rata dan berkilat.

5.      Lap permukaan dengan kain lembut dan bersih. Sapukan  ‘Premium Soft Polish’  dan gilap permukaan menggunakan mesin polish beralaskan tapak span. Ulangi langkah ini sehingga permukaan kilat dan bersinar.

6.      Sapukan   ‘wax’  sehingga rata dan biarkan 2 minit. Gilap secara membulat guna kain polish yang lembut dan bersih. Selepas proses ini dijalankan permukaan akan kelihatan bersinar dan berminyak

TAR
            Permukaan cat yang berada di bawah pintu atau mudgud berkemungkinan mempunyai kesan tar yang sangat jelas berbanding kawasan atas seperti bonet dan bumbung. Keadaan ini berlaku kerana apabila kereta bergerak tayar akan melantunkan pasir serta tar dari permukaan jalan yang baru diturap. Kesan tar sekiranya dibiarkan ia akan kekal pada permukaan cat sehingga merosakkan kualiti cat dengan tompok-tompok hitam yang halus. Tar ini boleh dihilangkan tanpa merosakkan cat dan laker.

PENYELESAIAN CAT BERTAR
1.      Permukaan yang bertar perlu dibersihkan dengan kain kering agar tiada pasir yang terlekat.

2.      Semburkan permukaan dengan KOSMETIK KERETA ‘ Premium Tar Remover’ ’ dan biarkan selama 2 minit dan gosok permukaan dengan kain yang bersih.

3.      Ulangi proses ini sehingga tar benar-benar hilang dari permukaan cat.
4.      Lap permukaan dengan kain lembut dan bersih. Sapukan  KOSMETIK KERETA ’Premium Soft Polish’  dan gilap permukaan menggunakan mesin polish beralaskan tapak span. Ulangi langkah ini sehingga permukaan kilat dan bersinar.

5.      Sapukan   ‘Wax’  sehingga rata dan biarkan 2 minit. Gilap secara membulat guna kain polish yang lembut dan bersih. Selepas proses ini dijalankan permukaan akan kelihatan bersinar dan berminyak

CHEMICAL STAIN
            Bekas pada cat yang disebabkan oleh terkena  cecair kimia seperti petrol, thinner atau paint remover akan meninggalkan kesan yang berkekalan pada cat. Sekiranya chemical stain hanya meresap pada laker sahaja, ia dapat diatasi dengan polish tetapi sekiranya telah meresap pada lapisan cat, ia perlu dicat semula.
PENYELESAIAN CHEMICAL STAIN PADA LAKER

1.      Gosok permukaan dengan kertas pasir 2000cc guna air dan blok fiber agar laker rata. Ulangi proses ini sehingga tiada tanda chemical stain kelihatan pada laker. Bilas gosok dengan tangan secara membulat pada kawasan tersebut.

2.      Lap permukaan dengan kain bersih.


3.      Sapu permukaan dengan  KOSMETIK KERETA’Premium Medium Polish’  dan semburkan dengan air agar permukaan tersebut lembab.

4.      Gilap permukaan  guna mesin polish berkelajuan sederhana , Pastikan tapak penggilap dialas dengan  penutup jenis kain. Penggunaan span untuk proses ini tidak digalakkan kerana kuasa  gilapnya yang rendah untuk  menghilangkan  kesan calar kertas pasir 2000cc.


5.      Ulangi langkah 3 dan  4 sekali tanpa guna ‘Premium Medium Polish’ hanya semburan air sahaja. Gilap permukaan  sehingga rata dan berkilat.

6.      Lap permukaan dengan kain lembut dan bersih. Sapukan  KOSMETIK KERETA ’Premium Soft Polish’  dan gilap permukaan menggunakan mesin polish beralaskan tapak span. Ulangi langkah ini sehingga permukaan kilat dan bersinar.


7.      Sapukan   ‘Wax’  sehingga rata dan biarkan 2 minit. Gilap secara membulat guna kain polish yang lembut dan bersih. Selepas proses ini dijalankan permukaan akan kelihatan bersinar dan berminyak

WARNA ATAU GETAH LEKAT PADA CAT

            Kadang kala apabila sesuatu pelanggaran ringan berlaku seperti tergesel atau tercalar, cat pada kenderaan yang melanggar akan terpalit pada kenderaan yang dilanggar. Hanya kenderaan yang melanggar dan mempunyai cat jenis slow dry sahaja akan menyebabkan perkara ini berlaku. Sebagai contoh, badan lori kayu guna cat jenis slow dry dan apabila ada pelanggaran yang melibatkan badan lori ini, ia akan memalitkan cat pada kenderaan yang dilanggar. Perkara ini tidak mungkin akan berlaku kepada kenderaan yang menggunakan cat 2K. Ini disebabkan lapisan cat berada dibawah permukaan laker.Ada juga kenderaan yang melanggar memalitkan getah pada bumper atau getah tayar. Sekiranya perkara ini berlaku dan tidak serius (tiada calar dalam atau lekuk pada kesan pelanggaran) ia boleh dibaiki dengan cara polish.

PENYELESAIAN  WARNA ATAU GETAH TERLEKAT
1.      Gosok permukaan dengan kertas pasir 2000cc guna air dan blok fiber agar laker rata. Ulangi proses ini sehingga tiada tanda chemical stain kelihatan pada laker. Bilas gosok dengan tangan secara membulat pada kawasan tersebut.

2.      Lap permukaan dengan kain bersih.

3.      Sapu permukaan dengan  KOSMETIK KERETA’Premium Medium Polish’  dan semburkan dengan air agar permukaan tersebut lembab.

4.      Gilap permukaan  guna mesin polish berkelajuan sederhana , Pastikan tapak penggilap dialas dengan  penutup jenis kain. Penggunaan span untuk proses ini tidak digalakkan kerana kuasa  gilapnya yang rendah untuk  menghilangkan  kesan calar kertas pasir 2000cc.

5.      Ulangi langkah 3 dan  4 sekali tanpa guna ‘Premium Medium Polish’ hanya semburan air sahaja. Gilap permukaan  sehingga rata dan berkilat.

6.      Lap permukaan dengan kain lembut dan bersih. Sapukan  KOSMETIK KERETA ’Premium Soft Polish’  dan gilap permukaan menggunakan mesin polish beralaskan tapak span. Ulangi langkah ini sehingga permukaan kilat dan bersinar.

7.      Sapukan   ‘Wax’  sehingga rata dan biarkan 2 minit. Gilap secara membulat guna kain polish yang lembut dan bersih. Selepas proses ini dijalankan permukaan akan kelihatan bersinar dan berminyak
OVERSPRAY CAT ATAU LAKER
            Keadaan kenderaan yang tidak ditutup dengan kertas secara sempurna ketika proses mengecat dilakukakan, boleh menyebabkan bahagian kereta yang lain pada kereta mengalami overspray. Overspray adalah keadaan dimana  permukaan laker yang  kasar dan berpasir bila dirasa menggunakan telapak tangan. Masalah ini tidak akan selesai dengan hanya mengelap dengan cecair thinner jenis 2k superslow.

Overspray pada kebiasaannya akan melekat pada permukaan atas kenderaan seperti pada bumbung, but dan bonet disamping mudgud depan dan belakang. Selain dari itu pemilik kereta yang meletakkan kereta di kawasan yang hampir dengan  kawasan industry berkaitan proses mengecat atau semburan chemical akan mengalami masalah overspray. Terdapat 2 jenis overspray  iaitu
a.      Overspray nipis
b.      Overspray tebal

OVERSPRAY NIPIS
Cara penyelesaian overspray nipis adalah dengan menyapukan permukaan bermasalah dengan KOSMETIK KERETA ‘ Premium Medium Polish’ dan diasah menggunakan mesin polish berspan  pada kelajuan sederhana. Ulang  langkah diatas sehingga semua tanda overspray hilang.Lap permukaan dengan kain yang lembab kemudian permukaan tersebut disapukan dengan KOSMETIK KERETA ‘Premium Soft Polish dan diasah dengan mesin polish berspan dengan kelajuan sederhana sehingga hilang segala calar halus di permukaan tersebut. Lap permukaan dengan kain lembab dan sapu dengan wax dan lap sehingga kilat dan memancar




Cara mengatasi masalah ini adalah dengan menggosok semula permukaan bermasalah secara basah dengan kertas pasir p2000. Proses menggosok perlu dilakukan dengan telapak tangan dan tekanan yang rendah.
Lap permukaan dengan kain lembab dan pastikan tiada lagi kekasaran dan permukaan berpasir dirasa. Sekiranya masih ada lagi, ulangi langkah di atas sehingga hilang sepenuhnya. Kemudian, lap dengan kain lembab dan sapukan dengan KOSMETIK KERETA ‘ Premium Medium Polish’ serta diasah menggunakan mesin polish berspan  pada kelajuan sederhana.
Ulang  langkah diatas sehingga semua tanda calar dari proses menggosok hilang. Lap permukaan dengan kain yang lembab kemudian permukaan tersebut disapukan dengan KOSMETIK KERETA ‘ Premium Soft  Polish’ dan diasah dengan mesin polish berspan dengan kelajuan sederhana sehingga hilang segala calar halus di permukaan tersebut. Lap permukaan dengan kain lembab dan sapu dengan wax dan lap sehingga kilat dan memancar.

 PENGEDAR : KOSMETIK KERETA
                        NO. 43, JALAN PI 10/1,
                        TAMAN PULAI INDAH,
                        JOHOR BAHRU.
                        013-7441212
                        E-MAIL:  Kosmetikkereta@yahoo.com
OVERSPRAY  TEBAL

5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. sesiapa yang berminat untuk jadi usahawan polish kereta, saya boleh beri guideline. modal cuma rm 2500 dah boleh stat bisnes, syaratnya ada tempat.

    BalasPadam
  3. kenali jenis-jenis kerosakan cat kereta di http://kosmetikkereta.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Kalau calar2 keta tu bleh guna
    Fix It Pro - Scratch Remover. Boleh try...
    Senang, bleh buat sendiri.
    Cuba korang tengok info dia kat:

    http://www.muslimchoices.com/?p=scratch_remover
    Harap boleh bntu korang semua....

    BalasPadam